my awesome Followers ^ ^

Saturday, November 12, 2011

TOP 10 Artis Perempuan Korea Paling Seksi ( Top 10 Most Sexiest Korean Actress )

Artis-artis Korea terutama artis wanita, memang terkenal dengan kecantikan mereka. Mereka juga popular kerana keseksian mereka . Berikut  merupakan senarai 10 artis wanita Korea  terseksi. Jom kita tengok senarai Hot Stuff nie.

1. Jeon Ji Hyun
Jeon Ji Hyun atau Gianna Jun. Merupakan seorang model dan pelakon. Telah membintangi pelbagai drama dan filem hebat antaranya ‘My Sassy Girl’, ‘Windstruck’ dan ‘Il Mare’. Bahkan, film ‘Il Mare’ ini berjaya menarik minat produser  Amerika   untuk membuat film tersebut versi Amerika. Dimana filem tersebut adalah  ‘Lake House’. Untuk versi Amerika, filem ini dibintangi  oleh Keanu Reeves dan Sandra Bullock.


2. Lee Hyori

Lee Hyori  merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Mula dikenali bersama  group Fin.K.L. Tetapi, kemudian dia bergerak secara solo dan meraih kejayaan.Lee Hyori  terkenal sebagai seksi kerana kecantikan dan tubuhnya yang menawan. Dia sering tampil seksi dalam pelbagai majalah sehingga diberi gelaran ‘Queen Sexy’.

3. Song Hye Kyo 




Wajah cantik Song Hye Kyo tentu tidak asing lagi semua peminat drama Korea. Pernah bercinta bersama Pelakon Secret Garden iaitu Hyun Bin. Mula meraih populariti menerusi drama ‘Full House’ bersama Rain dan  ‘Endless Love’ bersama Song Seun Heun. Dia turut tersenarai diantara  100 wanita tercantik di dunia!

4. Han Ga In

Han Ga In adalah seorang model dan pelakon dari  Korea Selatan.Lahir pada 2 Februari 1982. Nama asal adalah Kim Hyon Joo. Turut  membintangi ‘Super Rookie’ dengan aktor Eric Mun.Dia seterusnya berkahwin dengan aktor Yun Hung Hoon yang merupakan pasanganya dalam ‘Yellow Handkerchief’.

5. Son Dambi
Son Dambi adalah salah seorang artis serba boleh. Selain dikenali sebagai penyanyi, Son Dambi juga turut menjadi pelakon dan model. Namanya  menjadi perbincangan sejak debutnya pertama  di dunia hiburan Korea.Dilahirkan pada  25 September 1983 dan mula dikenali ramai  sejak muncul sebagai bintang iklan MP3 bersama Hyun Joon.Sebelum memulakan kerjaya  sebagai artis, MSN Jepun sempat membuat filem dokumentari yang memperlihatkan latihan Son Dambi. Video ini ternyata menarik perhatian dan dikunjungi 480 ribu dalam lima hari. Son Dambi juga mendapat gelaran "Rain"  versi perempuan.

6. Kwon Yu-Ri

Kwon Yu-Ri dikenal sebagai penyanyi, pelakon, model dan penari asal Korea. Salah seorang ahli dalam group  Girls Generation. Lahir pada 5 Desember 1989 dan memulakan karier di  industri Entertainment Korea dari nol.Dia menyertai pemilihan  untuk SM Casting System. Lalu dia bergabung di pengurusan tersebut setelah emnang dalam pertandingan ‘SM Youth Best Dancer Contest’ sebagai juara kedua. Kemudian dia menjalani latihan selama 5 tahun 11 bulan sebelum akhirnya dia memulakan debutnya sebagai artis. Dia turut menerima undian tertinggi sebagai artis wanita yang mempunyai bentuk badan paling menawan!

7. Han- Chae Young

Han Chae Young  merupakan salah satu pelakon Korea yang terkenal. Dia  mengambil jurusan seni di Universitas Dongguk. Penampilannya didalam drama ‘Delightful Girl’,menerima pelbagai kritikan.
Mereka menganggap drama  yang dibintangi artis kelahiran 13 September 1980 ini tidak akan berjaya. Ternyata anggapan itu salah besar. Drama tersebut bejaya  dan mempopularkan namanya.Drama itu turut menjadi kegemaran ramai.Penampilannya yang cantik   dengan tubuh yang lansing membuat Chae Young mendapat gelaran  "Barbie  Korea". Dia  juga turut membintangi drama ‘Boys Before Flowers’ yang menaikkan  nama Lee Min Ho.




8. Kim Yoo Bin

Kim Yoo Bin adalah salah seorang ahli Wonder Girls. Dia dilahirkan pada 4 Oktober 1986. Group Wonder Girls menjadi popular diseluruh dunia dengan  single ‘Nobody’. Dalam Wonder Girls Kim Yoo Bin berperanan sebagai rapper.

9. Shi-Hyang
Shi-Hyang terkenal sebagai model seksi Korea. Wajah cantik dan tubuhnya yang menawan kerap menghiasi majalah-majalah di Korea. Selain dikenali sebagai model, Shi-Hyang juga menjadi pengacara rancangan reality show di televisiyen Korea.

10. Kim Hye Su
Meskipun  usianya bukan lagi muda, wanita kelahiran 5 September 1970 ini masih tersenarai sebagai artis terseksi di Korea. Artis yang lahir di Busan ini masih aktif di  Korea. Selain menjadi model dan pelakon, Kim Hye Su juga dikenal sebagai pengacara. Antara yang pernah diacarakannya adalah  talk show ‘SBS Plus You’.Kim Hye Su memulakan debutnya di dunia hiburan Korea pada tahun 1986. Dia mendapat peranan dalam filem ‘GGambo’ ketika dia masih bersekolah menengah. Tetapi, namanya mulai dikenali ramai  menerusi drama ‘Did We Really Love? bersama aktor Bae Yong Joon.


p/s: maaf ye jika ada typing error.. paham2 la bila menaip dilewat malam ni... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget