Pengacara lawak popular, Kang Ho Dong yang juga salah seorang pengacara dalam rancangan “2 Days 1 Night” telah menjadi bahan lawak oleh penduduk Korea apabila ada khabar angin mengatakan bahawa dia sudah mati.
Isu ini bermula apabila ada peminat yang sengaja menukar status Twitter dan berkata, “Kang Ho Dong ditemui masih bernafas di rumahnya”. Mungkin ia nampak ayat biasa, tapi dalam bahasa Korea, ayat “bernafas” itu nampak seperti sudah “mati” dan inilah yang mencetuskan perkara ini.
Terdapat juga beberapa orang yang kecewa dengan jenaka ini, “Lawak Twitter ini benar-benar tidak dapat dikawal. Perkara seperti ini tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka.”
Beberapa hari lepas, Lee Hyori turut menerima nasib yang sama apabila ada orang mengatakan dia sudah mati.So, lepas ni jangan la percaya sangat benda yang belum disahkan supaya tak timbul isu-isu macam ni^^
krdt:ohbulan
No comments:
Post a Comment