my awesome Followers ^ ^

Showing posts with label Lee Min Ho Oppa. Show all posts
Showing posts with label Lee Min Ho Oppa. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Koleksi gambar terkini Lee Min Ho

1 comments
Ok lah.. dah lama dyela tak share gambar aktor pujaan ramai ni.. Sorry k.. Hehe.. Ok la.. nama Lee Min Ho melonjak naik sejak drama Boys Over Flower dulu, pastu dengan kemunculan nya yang sangat mempersona dalam City Hunter..dan nama nya sekali lagi menjadi sebutan ramai sejak drama The Moon Embracing The Sun. Dia kini sedang solo setelah putus cinta dengan Park Min Young. So apa lagi.. jejaka hot di pasaran nie! hehe.. Layankan gambar2 Min Ho. 






Thursday, October 27, 2011

Kim Beom & Lee Min Ho Special Message

0 comments
 Kim Beom



 Lee Min Ho


Special message from actor Kim Beom and Lee Min Ho to all their fans suffer from natural disaster recently. dyela from saranghae-dyela also want to wish u all stay strong. Hwaiting.! 

Trans: Ini merupakan mesej khas dari Kim Beom dan Lee Min Ho kepada peminat mereka yang terlibat dengan bencana alam baru-baru ini. 







 


kredit: Kim BEom & Lee Min Ho official B

Friday, September 16, 2011

Wajah aktor Korea semasa kecil yang super cute =) (Korean Actor cute face in childhood)

1 comments
Entry kali ini sangat- sangat istimewa ok. Dyela telah merajinkan diri mencari dan mengedit  foto-foto artis lelaki Korea yang handsome-handsome dan terhangat sekarang semasa kecil. Boleh la kita tengok macam mana muka oppa-oppa ni masa kecil kan . Semuanya comel masa baby dulu. Ada jugak wajah masa remaja dan sekarang berbeza dan sememangnya wajah sekarang la paling HOT! girlemo 


Kim Beom (김범)

 Wah..oppa Kim Beom sememangnya handsome + cute sejak kecik kan..Saranghae oppa. girlemoticon

 Choi Si Won  (최시원)
 Handsome..Handsome... oppa Choi Si Won! wah......... terujue!! Tak hairan banyak kipas mati oppa.Saranghae.. kawaigirlfemoticon


Hyun Bin ( 현빈)
 Oppa Hyun Bin semakin lama semakin HOT gitu .. apa rahsia oppa?? Sejak menonton Secret Garden  dyela semakin suka tengook oppa. Saranghae.           



Lee Min Ho ( 이민호)
 

Oppa Lee Min Ho ->Masa kecil comel..Masa remaja handsome . Sekarang??? Super Handsome!!! Oppa Saranghae......littlegirlemoticon




KIM HYUN JOONG (김현중 )

 

 Hero Playfull Kiss iaitu Kim Hyun Joong  yang tengah hangat di pasaran sekarang ni memang tak dapat dinafikan tahap kecomelannya semasa kecil. Tapi oppa time high school tu macam nerd sket je .Huhuhu.. Tapi lepas habis sekolah memang terserlah tahap ketampanan dia. Pergh.. Handsome seyhh.......anak siapa la ni..


 

comel kan time ni?? Hehehe.......saranghae oppa ..  crabemoticon

Jang Guen Suk  (장근석) 


Oppa Jang Guen Suk memang beruntung dilahirkan dengan pakej yang cukup lengkap. Rupa yang sangat handsome,suara yang best, bakat lakonan yang mantap, mempunyai aura yang kuat. Pergh.. dah tak tahu dah nak taip apa ni.Pikir la sendiri..hehehe......... Time ni sesuai nyanyi  lagu Matta-jatuh cinta.:- Jatuh cinta lagi...lagi-lagi ku jatuh cinta..


 
 Time high school pun dah cute sangat catgirlemoticon

 

Ini gambar special buat kipas mati Jang Guen Suk.. Tengok gambar ni pun pasti korang  dah tau oppa memang dah dilahirkan bagai seorang bintang!Aksi  oppa masa kecil dan sekarang tak banyak beza..Serius comel. Aduh... Masa baby buat gaya cute, dah besar buat gaya sama pun nampak cute. Pergh..... ! Saranghae oppa..!!!!!

Wednesday, August 24, 2011

Lee Min Ho & Park Min Young in LoVe???

1 comments

 

Baru saja rasanya menulis mengenai hubungan cinta rahsia Lee Min Ho bersama seorang gadis kolej baru-baru ini. Tup..Tup.. sompi menyampaikan berita tergempar. Lee Min Ho dikatakan mula berdating bersama Park Min Young. Park Min Young adalah heroin dalam drama yang meletup-letup iaitu City Hunter  berpasangan dengan Lee Min Ho (macam cinta lokasi je kan..) Kalau masih ingat Park Min Young juga adalah heroin dalam drama  Sungkyunkwan Scandal . Mereka dikatakan telah mula bertemu janji selama sebulan. Mulanya agensi Lee Min Ho iaitu StarHaus Entertainment, menafikan hal ni. Namun beberapa hari kemudian mengeluarkan kenyataan pengesahan perkara tersebut. Cuma pihak agensi memberitahu mereka hanya bertemu janji dan masih tahap mengenali hati budi dan bukanlah bercinta.Tapi..lebih kurang je kan. Apa pun couple ni nampak sweet dan sangat sepadan. Semoga hubungan oppa berkekalan. Buat para peminat wanita diluar sana anda boleh la sediakan tisu banyak-banyak setelah mendengar berita ini = )
 Yea..Kami dah bersama...  

 

 Lee Min Ho saranghae.. (mungkin ni diucap Park Min Young =>)
p/s: Dyela dengar Park Min Young ni banyak buat plastic surgery. Di mata,hidung,mulut macam - macam la untuk dapatkan wajah secantik sekarang.Dia cakap kalau tak cantik dia tak glamor dan susah nak dapat job. Hurm.. ni kire cantik tak ori la kan?? dyela from head to toe natural beauty ok. Ahaks..  =) Ngeri tengok jarum..huhuhu..

Wednesday, August 10, 2011

Cinta Rahsia (Secret Love)-Lee Min Ho dibongkar .

0 comments


Baru-baru ini Lee Min Ho iaitu pelakon popular dalam drama ‘City Hunter, telah berkongsi satu pengakuan yang mengejutkan baru-baru ini. Oppa dikatakan mengaku telah berpisah dengan seorang pelajar kolej pada tahun lepas.

Semasa sesi wawancara bersama Daily Sports, oppa mengatakan “ Selepas saya habis pengambaran Personal Taste,saya telah bertemu janji (dating) selama 6 bulan dengan seorang perempuan yang setahun lebih muda dari saya yang mana dia seorang pelajar kolej .
Oppa menjelaskan “ Selepas pengambaran saya mempunyai banyak masa terluang. Suatu hari,semasa saya sedang makan saya ternampak pelajar perempuan tersebut. Rasanya sudah lama saya tidak berjumpa dengan orang yang tiada kaitan dengan industri hiburan. Kami tidak memberitahu agensi saya dan mula berjumpa.  Kami berjumpa secara rahsia selama 6 bulan dan berpisah  disebabkan tiada persefahaman.”
Memandangkan dia telah selesai menjalani pengambaran ,wartawan bertanya perancangan nya untuk masa terluangnya kini.
Lee Min Ho membalas: “ Saya ingin bertemu janji (dating) . Saya telah menamatkan banyak hubungan kerana alasan tiada masa. Walaupun hubungan saya dengan sesama pelakon baik , namun saya merasakannya satu halangan. Sekarang saya ingin berjumpa dengan insan yang baru walau apa cara sekalipun. Apabila saya berjumpa dengan orang yang baik saya ingin keluar bersamanya tanpa pengetahuan sesiapa.
Oppa juga memberitahu gadis pilihan nya mempunyai ciri-ciri karakter Song Hye Kyo dalam drama Full House . Oppa menjelaskan “Dia seorang yang matang dan bijak yang mana merupakan ciri yang saya sukai. Walaupun saya memetingkan penampilan seseorang tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkannya  seperti orang lain. Perasaan adalah lebih penting. Bila saya berjumpa dengan nya, adalah penting untuk saya berasa selesa bersamanya. Walaupun saya tidak memberi perhatian kepada penampilan nya , saya akan lebih tertarik dengan orang yang saya selesa bersama.
Lee Min Ho oppa menegaskan “ Perempuan itu ( bakal kekasihnya) boleh berumur lebih 20 tahun kerana mereka kelihatan matang dalam percintaan. Bagi saya ianya penting untuk memiliki banyak pengalaman dalam percintaan untuk mendapatkan cinta yang sejati. Saya ingin berjumpa dengan seorang perempuan yang akan membuat saya bahagia dengan hanya memandang pada nya”.


So girls, this Hot guy is available! 


p/s: Wah, oppa macam dah buat pengumumkan untuk cari calon kekasih hati. Ok oppa nanti kita keluar dating k. Kat tempat biasa tau..Hehehehe..  

Monday, August 1, 2011

Lee Min Ho (이민호)

0 comments
Lee Min Ho (이민호)

 
Lee Min Ho (이민호) ialah seorang pelakon lelaki daripada  Korea Selatan yang amat dikenali dengan watak utamanya sebagai ketua F4, Goo Joon Pyo, dalam drama adaptasi Korea siri komik popular Jepun, Hana Yori Dango, yang berjudul Boys Over Flowers, pada tahun 2009. Lee Min Ho dilahirkan di Heukseok-dong, Dongjak-gu, Seol , Korea Selatan pada  22 Jun  1987.Semasa kecil dia pernah menyimpan cita-cita menjadi seorang pemain bola sepak.
Debut lakonannya pada tahun 2005 dalam Love Hymn terbitan MBC,  dengan muncul sebagai watak sampingan. Dia menerima watak utama pertamanya pada tahun 2007, memegang watak Cha Gong Chan dalam Mackerel Run, drama sekolah tinggi 8 bahagian terbitan SBS.



Bagaimana pun, karier besar pertamanya adalah apabila dia telah diumumkan menjadi sebahagian daripada kumpulan  F4 Korea pada 2 Oktober 2008. Dia berjaya mendapatkan watak terbesar sebagai ketua F4, Tsukasa Domyouji, dalam komik Hana Yori Dango; wataknya dinamakan semula sebagai Goo Joon Pyo dalam versi Korea, dan membintangi drama tersebut bersama-sama Koo Hye Sun, Kim Bum dan anggota kumpulan SS501, Kim Hyun Joong. Seperti yang pernah di keluarkan di artikel sebelum ini.Watak Goo Joon Pyo menyebabkan dia menjadi terkenal, dan mengundang banyak tawaran iklan  termasuklah Levi's, LG Telecom dan Samsung Anycall.Terbaru dia membintangi drama City Hunter yang diadaptasi daripada komik juga. Akan di review kan disini nanti. Dia juga amat komited dalam lakonan dimana baru-baru ini telah mengalami kecederaan semasa pengambaran. Kesiannya.... Huhu... Love u oppa.. Add Lee Min Ho di FB ( Lee Minho (이민호) --->sila klik dan like ) dan Twitter.



Lee Min Ho Rancangan TV dan Drama

Lee Min Ho -Filem

  • Our School's E.T. (2008)
  • Public Enemy Returns (2008) - Cover | Wikipedia



Sunday, July 17, 2011

Lee Min Ho bermasalah dengan Lee Hyori??

0 comments

Lee Min Ho bermasalah dengan Lee Hyori?? 




Hi.. Ok Ni ade gosip terbaru membabitkan oppa Lee Min Ho. Lee Min Ho dikatakan bersikap dingin dengan actress Lee Hyori. Ini terlihat pada sebuahh foto yang beredar di laman internet dimana kedua-dua bintang ini dilihat duduk dalam keadaan yang agak rengang antara satu sama lain. Ada yang menyatakan keadaan mereka itu boleh dianggap pelik.
Terdapat juga cerita lain yang mengatakan Lee Min Ho tidak menyukai actress yang berpakaian seksi.  Hurm.. Bagus la Oppa suka yang bersopan. Hehehe.
Lee Min Ho memberi komen ketika acara One Night of TV Entertainment di SBS “ Kami tidak duduk rapat tetapi kami banyak berbincang tentang pelbagai topik.
Hyori juga sempat disoal adakah dia memberi nasihat kepada Lee Min Hoo , tetapi Hyori menjawab dengan jawapan yang membuatkan penonton di SBS ketawa. (Tidak di ketahui apakah jawapan dia.)
Bagi dyela Oppa Lee Min Ho mungkin tidak serasi bersama Hyori.Agaknya oppa dengar lagu Meor Hassan kot Kalau Berpacaran. Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk rengang-rengang.. Hehehe…

Gambar yang menunjukkan Lee Min Ho "jauh" dari Lee Hyori.

 

Friday, July 1, 2011

Lee Min Ho Oppa 생일 축하합니다! Happy Birthday!!!!!!

0 comments
Sorry... 미안합니다.(죄송합니다. ([Mianhamnida. (Joesong-hamnida)]..Sorry Entry agak lambat menyiarkan Hari Jadi Lee Min Ho Oppa.Lee Min Ho menyambut hari lahir pada 22 June yang lalu . Ok..layankan gambar sekitar Surprise birthday party yang telah diadakan di rumah In yunsung semasa pengambaran "City Hunter" --(memang xsabar tunggu cerita ni).. Lee Min Ho Oppa 생일 축하합니다!
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget