my awesome Followers ^ ^

Wednesday, August 10, 2011

Cinta Rahsia (Secret Love)-Lee Min Ho dibongkar .



Baru-baru ini Lee Min Ho iaitu pelakon popular dalam drama ‘City Hunter, telah berkongsi satu pengakuan yang mengejutkan baru-baru ini. Oppa dikatakan mengaku telah berpisah dengan seorang pelajar kolej pada tahun lepas.

Semasa sesi wawancara bersama Daily Sports, oppa mengatakan “ Selepas saya habis pengambaran Personal Taste,saya telah bertemu janji (dating) selama 6 bulan dengan seorang perempuan yang setahun lebih muda dari saya yang mana dia seorang pelajar kolej .
Oppa menjelaskan “ Selepas pengambaran saya mempunyai banyak masa terluang. Suatu hari,semasa saya sedang makan saya ternampak pelajar perempuan tersebut. Rasanya sudah lama saya tidak berjumpa dengan orang yang tiada kaitan dengan industri hiburan. Kami tidak memberitahu agensi saya dan mula berjumpa.  Kami berjumpa secara rahsia selama 6 bulan dan berpisah  disebabkan tiada persefahaman.”
Memandangkan dia telah selesai menjalani pengambaran ,wartawan bertanya perancangan nya untuk masa terluangnya kini.
Lee Min Ho membalas: “ Saya ingin bertemu janji (dating) . Saya telah menamatkan banyak hubungan kerana alasan tiada masa. Walaupun hubungan saya dengan sesama pelakon baik , namun saya merasakannya satu halangan. Sekarang saya ingin berjumpa dengan insan yang baru walau apa cara sekalipun. Apabila saya berjumpa dengan orang yang baik saya ingin keluar bersamanya tanpa pengetahuan sesiapa.
Oppa juga memberitahu gadis pilihan nya mempunyai ciri-ciri karakter Song Hye Kyo dalam drama Full House . Oppa menjelaskan “Dia seorang yang matang dan bijak yang mana merupakan ciri yang saya sukai. Walaupun saya memetingkan penampilan seseorang tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkannya  seperti orang lain. Perasaan adalah lebih penting. Bila saya berjumpa dengan nya, adalah penting untuk saya berasa selesa bersamanya. Walaupun saya tidak memberi perhatian kepada penampilan nya , saya akan lebih tertarik dengan orang yang saya selesa bersama.
Lee Min Ho oppa menegaskan “ Perempuan itu ( bakal kekasihnya) boleh berumur lebih 20 tahun kerana mereka kelihatan matang dalam percintaan. Bagi saya ianya penting untuk memiliki banyak pengalaman dalam percintaan untuk mendapatkan cinta yang sejati. Saya ingin berjumpa dengan seorang perempuan yang akan membuat saya bahagia dengan hanya memandang pada nya”.


So girls, this Hot guy is available! 


p/s: Wah, oppa macam dah buat pengumumkan untuk cari calon kekasih hati. Ok oppa nanti kita keluar dating k. Kat tempat biasa tau..Hehehehe..  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget