(어서 오세요)Welcome K-fans!!Anda boleh download lagu Korea (FREE MP3 k-pop)+ lirik lagu korea + review drama korea& gosip / info artis korea Setiap Hari! (감사합니다)Kamsahamnida ^^
my awesome Followers ^ ^
Page lain yang menarik ;)
Tuesday, August 23, 2011
No Min Woo hero Full House 2???
Pernah tengok Full House? Hero nya adalah Rain dan heroinnya adalah Song Hye Kyo.Drama ini mencatatkan populariti yang sangat luarbiasa sehingga ke seluruh Asia! Dyela sendiri sanggup mencari cd drama ni sebab tak puas tengok kat tv =) Rasanya dah lama dyela dengar yang drama Full House 2 akan diterbitkan.Tapi masih belum menjadi kenyataan. Terbaru dikatakan No Min Woo iaitu salah seorang pemegang watak tambahan iaitu sebagai Park Dong Ju dalam My Girlfriend is Guhimo(sila rujuk ye reveiw sebelum.ini TQ) yang sememangnya sangat handsome dalam drama tu dan dia telah menjadi calon utama bagi mengantikan Rain bagi Full House 2 seperti yang dilaporkan Sompi baru-baru ini.
"Perkara ini (Full House 2) masih lagi diperingkat perbincangan. Saya belum dapat mengesahkan apa-apa." Beritahu wakil No Min Woo kepada wartawan. No Min Woo juga merupakan pemegang watak utama dalam drama Rock Rock Rock. Selai itu, dia turut menjadi watak tambahan dalam Pasta, Midas (dyela memang tak review drama ni sebab sangat bosan kalau korang tak berminat lansung bab-bab pelaburan,saham dan seangkatan denganya) dan My Girlfriend is Guhimo. Dalam dunia muzik No Min Woo merupakan bekas pemain drum bagi kumpulan TRAX dan anggota 24/7.
p/s: dyela lebih prefer kalau watak utama diberi kepada pelakon asal. Sebab tak banyak drama yang menggunakan pelakon lain bagi menggantikan watak asal akan mendapat kejayaan seperti siri 1 walaupun pelakon yang mengantikkan pelakon asal tak kurang hebatnya. Sama-sama kita nantikan apa perkembangan terbaru Full House2.
Labels:
k-pop gosip,
No Min Woo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
x sabar nk tgk....no min woo was one of my fav actor....huhu
ReplyDeletexconfirm lagi info ni. dah byk kali dgr gosip Full House 2 tapi xde yg sahih. we watch n see. N i will update to u ols. k ;)
ReplyDelete