Tajuk : Can’t Lose /Can’t Live With Losing/지고는 못살아 / Jigoneun Motsala / 絕不認輸
Genre: Romance, komedi
Episode: 16
Tempoh tayangan : 2011-Aug-24 hingga 2011-Oct-13
Waktu ke udara : Rabu & Khamis 21:55
Ringkasan: Mengisahkan pasangan peguam yang ingin berpisah tetapi melalui pelbagai perkara yang tidak terduga. Ada rahsia antara mereka.
Sinopsis:
Eun-Jae (Choi Ji-Woo) dan Hyung-Woo (Yoon Sang-Hyun)telah berkahwin selama setahun dan keduanya merupakan peguam. Pertemuan mereka bermula di perlawan besbol. Mereka duduk bersebelahan. Semasa perlawan berlansung mereka bercium dan jatuh cinta. Hyung-Woo memberitahu Eun-Jae yang dia ingin menjadi peguam memperjuangkan hak kemanusiaan dan Eun Jae menyokongnya lalu mereka membuka firma guaman bersama.
Selepas setahun, ujian menimpa pasangan bahagia ini. Eun-Jae berusaha menstabilkan frima guaman sementara Hyung-Woo membantu pelanggan yang tidak berkemampuan secara percuma. Lalu wujud perbalahan. Suatu hari mereka tersedar yang Eun-Jae tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dengan dokuman yang betul. Keesokkannya Eun-Jae pergi untuk mendaftar dengan membawa dokumen yang sepatutnya. Eun-Jae berasa marah atas hal itu ditambah dengan tindakan Hyung-Woo yang terlalu bermurah hati kepada orang lain. Sebagai isteri dia mahu suamianya lebih memikirkan dirinya. Kemudian, kawan Hyung-Woo singgah di firma mereka bersama isterinya Young -Joo (Jo Mi-Lyeong). Young-Joo menegaskan dia mahukan perceraian. Young-Joo mengatakan suaminya Ki-Chan (Kim Jung-Tae) tidak bekerja selama setahun tetapi masih memberi keluarganya wang yang banyak . Lalu berlaku pertengkaran. Ki-Chan memberitahu dia meminjam wang itu dari Hyung-Woo.
Eun-Jae yang mendengarnya berasa sangat marah dan memutuskan untuk mereka berbincang lebih serius.Mereka kemudian menempah tiket perjalanan ke Jepun. Hyun-Woo tersilap menghantar sms kepada ibunya dan bukannya isterinya. Apabila mereka tiba di lapangan terbang mereka terlihat ibu Hyung-Woo dan dia menyangka pasangan itu menjemputnya ke Jepun. Lebih teruk lagi apabila Hyung-Woo merima panggilan daripada mertuanya dan mengarahkanya berjumpa dengan mertuanya segera secara rahsia.
Hyung-Woo tidak tahu mengapa isterinya tidak serasi dengan mertuanya atau mengapa dia tidak pernah di perkenalkan secara formal kepada mertuanya. Tetapi dia berasa perlu berjumpa mertuanya dan beredar dari situ meninggalkan isteri dan ibunya.
Trailer I & Trailer II & Trailer III
OST
Tonton Online ( English, Chinese & lain2)
Tonton Online (English)
Episode Ratings
Date | Episode | Nationwide | Seoul |
---|---|---|---|
2011-08-24 | 1 | 6.4 | 8.0 (18th) |
2011-08-25 | 2 | 5.7 | (<7.8) |
2011-08-31 | 3 | 5.0 | (<8.1) |
2011-09-01 | 4 | 4.6 | (<7.3) |
2011-09-07 | 5 | 5.7 | (<7.1) |
2011-09-08 | 6 | 5.4 | (<8.5) |
2011-09-14 | 7 | 5.9 | (<8.5) |
2011-09-15 | 8 | 5.9 | (<8.0) |
2011-09-21 | 9 | ||
2011-09-22 | 10 | ||
2011-09-28 | 11 | ||
2011-09-29 | 12 | ||
2011-10-05 | 13 | ||
2011-10-06 | 14 | ||
2011-10-12 | 15 | ||
2011-10-13 | 16 |
Source: TNmS Media Korea
No comments:
Post a Comment