my awesome Followers ^ ^

Monday, September 19, 2011

The Musical (더 뮤지컬 )


Tajuk: 더 뮤지컬 / The Musical /音乐剧
Genre: Musical
Episode: 16
Tempoh tayangan : 2011-Sep-02 hingga  2011-Dec-16
Waktu ke udara : Jumaat  22:00


Dyela baru je terima call tanya bila nak review drama korea terbaru. So, dyela pun research la drama apa yang tengah hot dan terbaru. Cari punya cari jumpa la drama ni. So korang pun boleh la layan drama ni ok sebab respons yang diterima mengalakkan


Rinkasan: 
Drama ini mengisahkan tentang keazaman mencapai cita-cita  dan  percintaan yang wujud dalam mengejar impian .Juga wujud konflik yang mendalam.

Sinopsis : 


Ko Eun-Bi (Ku Hye-Sun) merupakan seorang pelajar perubatan tetapi mempunyai impian untuk menjadi pelakon muzikal. Setiap hari dia memikirkan tentang muzik bahkan termimpi mengenainya. 
Hong Jae-Hee (Daniel Choi) pulang ke Korea. dia sering mengubah lagu untuk muzikal tapi kini menulis lagu pop. Sahabatnya  mengatakan  Jae-Hee  berubah kerana putus dengan   Bae Kang-Hee (Ok Joo-Hyun) 6 tahun dahulu. Suatu hari . Eun-Bi  berlatih bernyanyi di taman dan   Hong Jae-Hee yang tertidur di taman itu setelah mabuk terjaga mendengar nyanyiannya.  Jae-Hee memberitahu Eun-Bi bahawa dia menulis lagu  "Maria Maria" yang dinyanyikannya . Namun, Eun-Bi tidak percaya. Jae-Hee menasihatinya yang tanpa bakat dia tidak mampu berjaya menjadi artis. 

Eun-Bi,  tidak mendengar nasihat Jae-Hee  . Dia mengambil keputusan untuk  pergi ke ujibakat.Namun dia gagal dalam setiap ujibakat. Tinggal 2 minggu sebelum  dia perlu kembali ke sekolah perubatan dan dia menjadi terdesak. Dia kemudian terlihat iklan mencari pelakon muzikal lelaki. Eun-Bi mengambil keputusan untuk mengambil bahagian dan berpakaian seperti lelaki.Tapi muslihatnya dikehtahui oleh Yoa o-Jin (Park Gi-Woong), seorang pelabur muzikal dan penyertaannya dibatalkan.
Dalam tandas ujibakat  Eun-Bi berjumpa Sa Bok-Ja (Park Kyeong-Rim). Bok-Ha menyatakan dia guru  muzik dan sedia memberi tunjuk ajar kepada Eun-Bi. Bok-Ja juga berpindah masuk ke rumah Eun-Bi. Eun-Bi  mengambil keputusan untuk menangguhkan pelajaran selama setahun dari sekolah perubatan dan percaya dengan tunjuk ajar dari  Bok-Ja dia mampu mencapai impiannya.

Kemudianya satu pertandingan muzikal kreatif diadakan oleh syarikat  Yoo-Jin. Sementara itu kawan Jae-Hee memintanya menulis 2 buah lagu untuk pertandingan tersebut tapi ditolaknya. Jae-Hee kemudian minum bersama beberapa orang termasuk  Bok-Ja. Bok-Ja menjadi mabuk dan memeluk Jae-Hee dan tidak melepaskannya.  Jae-Hee membawa  Bok-Ja ke rumahnya dan menggunakan telefonnya untuk menghubungi seseorang.  Eun-Bi. menjawab panggilan itu. Tidak lama kemudian  Eun-Bi tiba di tempat Jae-Hee. Jae-Hee dapat tahu  Eun-Bi ingin menjadi pelakon muzikal dan menyuruhnya menyanyi sambil dia bermain piano. Eun-Bi menyanyi dengan mengubah lirik lagu kepada penceritaan bagaimana  dia berjumpa guru muziknya dan seorang lelaki mabuk ditaman yang mengaku mengubah lagu Maria Maria. Jae-Hee mula mengigati nya semasa di taman dahulu. Eun-Bi juga baru menyedari lelaki tersebut adalah lelaki yang dijumpainya ditaman dan sememangnya dia merupakan komposer masyhur iaitu  Jae-Hee .



Official Site
Trailer I & Trailer II & Trailer III
Tonton Online ( English Subtitle)  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget