You are flying without wings... Hanya itu yang mampu diucap tatkala melihat Jang Geun Suk terbang tinggi semasa “2011 Jang Geun Suk Arena Tour The CRI Show in Japan ‘Always Close To You’” pada 20 Okt lalu di Nagoya dihadapan lebih 10,000 orang die hard fans bertuah. Jang Guen Suk (JGS) membuka tirai konsert dengan para penari berpakaian pegawal diraja dan disertai dengan nyanyian dan tarian yang penuh bertenaga dan mengagumkan.JGS berpakaian seperti seorang putera,JGS juga menggunakan lifts istimewa dan wire untuk persembahannya malam itu. Dia mempersembahkan kesemua lagu dari Chinese EP album termasuk “Gotta Getcha,” “Shake It,” “Run Away,” dan “Victory,” serta lagu “Mercurian” dan “I Put Up with It Enough,” dimana keduanya dihasilkan khas buat Arena Tour. JGS turut mempamerkan skill nya bermain gitar dan kebolehannya menari. Dikatakan dia telah bekerja keras untuk konsert kali ini dan telah menghabiskan masa lebih 12 jam semasa sesi rehearsal pada 19 Okt. “2011 Jang Geun Suk Arena Tour The CRI Show in Japan ‘Always Close To You’”seterusya di Oska pada 22 dan 23 Okt. Wah... rasa macam nak terbang ke Jepun untuk turut serta dalam konsert ni. Memang selayaknya oppa JGS digelar Prince of Asia..!
No comments:
Post a Comment