Panas..Panas.. ada isu yang tengah hangat sekarang. Pernah dengar nama Super 7 ?? Hurm..jangan blur.. dyela pun blur ni..Super 7 ni bukan cj7 ok. Unfamiliar betul dengan nama group ni. Sebenarnya Super 7 ni adalah group daripada Taiwan. Mereka dikenali sebagai “the Taiwanese SNSD“ dan telah mengeluarkan MV bertajuk “Mai Luo Suo“(麥囉唆). Dalam MV tersebut ahli kumpulan Super 7 telah mengenakan kostum yang menyerupai konsep “Hoot” SNSD dan dilihat telah memakai pakaian tema 007 retro berserta but tinggi.
Tindakan mereka ini telah menimbulkan kemarahan die hard fans SNSD. Mereka mengkritik kumpulan Super 7 yang dikatakan cuba meniru SNSD. Antara komen die hard fans SNSD “WHAT IS THIS?!”, “Don’t Like!! DD:”, dan “what the heck? ……………..”.Pergh..panas.. Bagi dyela tak perlu la nak meniru k-pop. K-POP adalah korean pop. Cuba buat Taiwan pop jadilah T-POP. Korea dah terkenal dengan imej yang semua orang tahu dengan gerak tari dan muzik pop yang segar . So kumpulan dari negara lain cuba la bawa imej negara masing-masing. Ni baru cerita dari Taiwan. Malaysia lak ape cite? Ce jawab....
Lebih banyak dislikes daripada likes walaupun dah ditonton 131 896 kali! Rasa-rasa apa maknanya ni?? Fikir la sendiri!
No comments:
Post a Comment