Atas permintaan dyela akan review kan episod ke-2 We Got Married (WGM) yang menampilkan Leeteuk dari kumpulan top Super Junior (SUJU) dan Kang Sora. Masih lagi di teater sama seperti episod 1 cuma kali ini memaparkan perbualan antara mereka. Mereka sangat pemalu dan kekok! Mereka diminta merenung ke arah satu sama lain dan memikirkan satu nickname. Leeteuk akhirnya memilih “My baby princess.” Alasannya Kang Sora pada pandangannya seperti baby tapi dia juga memakai dress yang cantik malam itu seperti puteri maka panggilan itu sesuai dengannya. Kang Sora pula memutuskan untuk memangil Leeteuk sebagai "My prince". Mulanya Kang Sora ingin memangil Leeteuk oppa tetapi agak kurang sesuai untuk dipadankan dengan “My baby princess.” Namun semasa sesi temuramah selepas itu Leeteuk memberitahu untuk mengubah panggilan itu mungkin kepada" honey " atau "sweetie". So sweet oppa... Pasangan ini dilihat paling malu dan kekok. Namun itu yang membuatkan mereka sebagai Sweet Couple! Suka tengok lesung pipit oppa dan unni.. cute sangat!
No comments:
Post a Comment