my awesome Followers ^ ^

Friday, December 2, 2011

Lee Dong Wook Show Off His Hot Body

Lee Dong Wook Makin Berani Tayang Body 

Selepas berlakon drama Korea Selatan kesukaan ramai, My Girl pada tahun 2005, nama pelakon kacak Lee Dong Wook, 30 terus dikenali ramai walaupun   dia sudah pun mula berlakon sejak 1999. Rezeki Dong Wook melimpah ruah sehingga dia dan pelakon wanita My Girl iaitu Lee Da Hae dikatakan menjadi pasangan yang paling serasi.Difahamkan juga, Dong Wook turut menjadi bintang Korea Selatan pilihan untuk membintangi filem bukan saja dterbitkan penerbit Korea Selatan tetapi dari Hollywood. Menyentuh mengenai persona yang ada pada Dong Wook, diawal pembabitannya sebagai pelakon, Dong Wook tidak seperti pelakon lelaki Korea Selatan lain yang mempunyai tubuh sasa. Malah, Dong Wook juga dikhabarkan akan cuba mengelakkan melakukan babak-babak buka baju disebabkan tubuhnya yang kurus. Pun begitu, lain pula ceritanya sebaik saja Dong Wook tamat menjalani latihan tentera.Dong Wook sekarang ini semakin berani bukan saja dalam melakonkan apa jua watak tetapi dalam bab melakukan adegan tidak memakai baju. Desas-desus juga dibuktikan menerusi lakonan Dong Wook dalam drama bersiri terbaru lakonanya berjudul Scent Of Woman.Menerusi drama ini, Dong Wook yang berlakon bersama Kim Sun telah banyak melakukan aksi menayangkan badan. Malah, Dong Wook juga berani melakukan adegan atas ranjang.Dong Wook, pelakon kacak yang sering dibandingkan dengan Lee Min Hoo itu terlalu mengambil berat terhadap bentuk badannya.Malah, setiap masa terluang, Dong Wook kerap melakukan senaman walaupun waktu itu dia berada di lokasi penggambaran. Dong Wook tidak akan mengelak untuk mencari masa 3 jam sehari untuk bersenam.Tentang makanan pula,  Dong Wook juga pasti meminta dada ayam dan kentang untuk menjadi makanan hariannya di kala tengah hari. Wah.. patut la makin HOT gitu badan Dong Wook! ^ ^
Trimas:murai.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget