my awesome Followers ^ ^

Thursday, June 23, 2011

Mary Stayed Out All Night

Also known as 매리는 외박중 / Maerineun Oebakjoong
Genre: Comedy, Romance
Category: Korean Drama
Film Date: November, 2010
Episodes: 16
Sinopsis: Cerita ini merupakan romantik komedi yang biasa dilihat. Cuma bezanya watak utamanya dilakonkan oleh Jang Guen Suk yang handsome =) Menjadikan ianya amat berbaloi untuk ditonton ! Drama mengisahkan Wi Mae Ri lakonan Moon Geun Young seorang gadis yang degil dan mempunyai ayah yang dikelilingi hutang. Hidup mereka tidak pernah aman kerana sering diburu pengutip hutang. Secara tidak sengaja dia telah bertemu seorang penyanyi underground yang sangat famous iaitu Kang Moo Kyul iaitu Jang Guen Suk. Mereka bertemu apabila secara tidak sengaja Wi Mae Ri terlanggar Kang Moo Kyul semasa memandu kereta kawannya. Kemudian Wi Mae Ri menjejaki Kang Moo Kyul bagi memohon kemaafan secara bertulis bagi menggelak dia ditahan kerana memandu dalam keadaan cuai. Ayahnya telah bertemu dengan sahabat lamanya yang kini telah menjadi kaya raya dan mempunyai seoang anak yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan latar belakang yang baik iaitu Byun Jung In lakonan Kim Jae Wook. Bagi menggelak dipaksa berkahwin Wi Mae Ri telah memujuk Kang Moo Kyul menyamar menjadi suaminya. Namun ayahnya terlebih dahulu telah mendaftarkan perkahwinan nya bersama Byun Jung In. Wi Mae Ri diberi tempoh 100 hari untuk membuat pilihan antara keduanya. Pada mulanya kedua-dua hero tidak menyukai Wi Mae Ri namun lama-kelamaan kedua-duanya jatuh cinta kepada Wi Mae Ri dan sama-sama berusaha merebut cintanya. 












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget