my awesome Followers ^ ^

Sunday, June 26, 2011

Secret Garden : Drama no.1 ('시크릿 가든', 주말 드라마 시청률 1위)

Also known as 시크릿 가든 / Sikeurit Gadeun

  • Genre: Romance, comedy, fantasy, melodrama
  • Episodes: 20
  • Broadcast network: SBS
  • Broadcast period: 2010-Nov-13 to 2011-Jan-16

Sinopsis: Drama terhebat dan mantap. Paling dicadangkan untuk ditonton. Kepuasan maksimum!!!! Hehehe.. dah ramai peminat Korean drama yang bersetuju bahawa drama ini merupakan drama yang terbaik. Jalan cerita yang mantap. Dan barisan para pelakon yang hebat. Bahkan mendapat sambutan hangat di Korea dan laman web Korean drama online yang lain seperti mysouju sendiri. Diberikan 5 bintang lagi.. Pergh.. Memang tak rugi. Pelakon utama dan drama ini sendiri juga telah merangkul pelbagai anugerah.

Drama mengisahkan Kim Joo Won (lakonan mantap dari oppa Hyun Bin), seorang CEO yang sombong, bijak dan suka menampilkan imej sempurna tapi sebenar mempunyai kekurangan iaitu fobia menaiki lif disebabkan kejadian lampau. Di sebalik sifatnya itu, dia telah jatuh cinta kepada seorang pelakon stuntwoman iaitu Gil Ra Im (Ha Ji Won).Seorang perempuan yang cantik dan mempunyai sifat rendah diri tetapi miskin yang mana dia terpaksa mengorbankan dirinya dengan melakukan pelbagai aksi ngeri demi mencari wang .Pertemuan mereka bermula apabila Kim Joo Won tersilap dengan menyangka Gil Ra Im adalah pelakon Park Chae Rin, dimana kesilapan itu telah mempertemukan mereka dan membuahkan bibit-bibit cinta. Jika anda rasa cerita ini seperti kebanyakkan cerita versi orang kaya dan miskin seperti ibu mertua ku sekalipun maka anda silap.Ada yang menarik apabila Joo Woon dan Ra Im telah tersihir dan bertukar badan macam cerita Freaky Friday lakonan Lindasy Lohan. Hehe.. Lakonan Hyun Bin yang sangat berkesan sebagai Gil Ra Im dalam diri Kim Joo Woon. Rasa pening dan tak faham??? Jadi tengoklah sendiri ye.. ;)

Anugerah:

  • 2010 SBS Drama Awards: Top Excellence Award, Actor - Drama Special (Hyun Bin)
  • 2010 SBS Drama Awards: Top Excellence Award, Actress - Drama Special (Ha Ji Won)
  • 2010 SBS Drama Awards: Netizen Popularity Award - Drama
  • 2010 SBS Drama Awards: Netizen Popularity Award (Hyun Bin and Ha Ji Won)
  • 2010 SBS Drama Awards: Best Couple Award (Hyun Bin and Ha Ji Won)
Tonton trailer:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget