my awesome Followers ^ ^

Thursday, June 23, 2011

Sungkyunkwan Scandal

Also known as 성균관 스캔들 / 成均館緋聞





Genre: Comedy, Period Drama , Romance
Category: Korean Drama
Film Date: September, 2010
Episodes: 20


Sinopsis : Drama ini turut menampilkan kelainan dari segi jalan ceritanya. Sungkyunkwan Scandal merupakan cerita yang mengambil latar Universiti Sungkyunkwan pada masa era Joseon semasa pemerintahan Maharaja Jeongjo. Cerita ini melibatkan sistem pendidikan pada masa itu yang menekankan kepada kaum lelaki sahaja. Dimana untuk menjadi seorang kakitangan kerajaan seseorang itu perlu menduduki ujian kemasukkan ke universiti Sungkyunkwan terlebih dahulu. Ujian saringan yang ketat dijalankan. Kim Yoon Hee lakonan Park Min Young seorang gadis pintar yang sering menyamar sebagai abang nya untuk bekerja sebagai penyalin buku di sebuah kedai. Abang nya mengidap sakit yang kronik sementara ibunya hanya bercucuk tanam. Keadaan ekonomi yang teruk memaksa Kim Yoon Hee menggunakan identiti abangnya sehinggalah dia hampir diserah kepada saudagar kaya akibat hutang. Ekoran itu dia mengambil tindakan drastik untuk membantu salah seorang calon yang mahu memasuki Universiti Sungkyunkwan biarpun sedar dia boleh dijatuhkan hukuman mati oleh maharaja sekirannya tertangkap. Semasa ujian saringan penipuan Kim Yoon Hee telah disedari oleh Lee Sun Joon juga seorang yang pintar dan berperinsip dilakonkan oleh Micky Yoochun. Lee Sun Joon mengambil tindakan membantu Kim Yoon Hee mengambil ujian tersebut atas namanya sendiri tanpa menyedari dia adalah lelaki kerana menyedari kepintaran gadis itu. Kim Yoon Hee tiada pilihan lain kerana Maharaja sendiri yang memperakui kemasukkannya. Semasa didalam Universiti Sungyunkwan dia duduk sebilik dengan Lee Sun Joon dan Moon Jae Shin ( Yoo Ah In). Dia turut rapat dengan seorang playboy Goo Yong Ha lakonan Soon Joong Ki. Semasa tempoh didalam Universiti Sungyunkwan perlbagai perkara yang terjadi memaksa mereka menggunakan segala kebolehan dan kecerdikan dalam menangani setiap masalah. Dalam pada itu Lee Sun Joon mula meragui seksualitinya apabila tertarik pada Kim Yoon Hee. Tetapi status dirinya telah dikehtahui oleh Moon Jae Shin yang telah jatuh hati semasa melihatnya sebagai seorang gadis. Disebabkan itu Moon Jae Shin mula melindungi Kim Yoon Hee. Namun Kim Yoon Hee telah jatuh cinta pada Lee Sun Joon. Pelbagai konflik tercetus antara mereka. Mereka turut ditugaskan Maharaja mencari peninggalan Profesor Kim ayah kepada Kim Yoon Hee yang dapat membantu baginda dalam pemerintahan.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget