my awesome Followers ^ ^

Sunday, June 19, 2011

Super Junior




안녕하세요.! Ok entry kali ni mengenai kumpulan paling top saat ini di Asia. Siapa tak kenal dengan kumpulan Super Junior?? Siaran Era pun selalu putarkan lagu Bonamana dan Sorry Sorry . No other juga merupakan lagu yang popular daripada kumpulan k-pop ni. Super Junior (슈퍼주니어; SUPERJUNIOR) atau pun SJ / SuJu (슈주) adalah kumpulan boy band dengan 13 orang ahli yang rata-ratanya daripada seoul korea selatan. Ahli-ahli Super Junior ialah Leeteuk (ketua), Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-in, Shindong. Sungmin, EunHyuk, DongHae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun. Di antara ahli-ahli Super Junior, terdapat seorang ahli yang berasal dari China yang terpilih melalui ujibakat di China yang dikendali oleh SM Entertainment pada tahun 2001 iaitu Han Geng . Pada mulanya Super Junior hanya mempunyai 12 orang ahli dan seorang ahli ditambah (KyuHyun) menjadikan jumlahnya 13 orang pada 23 Mei 2006.

Super Junior telah mengeluarkan dua buah album dan sebuah single sejak 2005. Album paling laris Super Junior merupakan album kedua keluaran mereka berjudul Don't Don yang telah menggondol gelaran album paling laris pada tahun 2007 daripada Persatuan Industri Muzik Korea. Selain itu, Super Junior turut memenangi empat anugerah muzik daripada M.NET/KM Music Festival, empat anugerah dari Goden Disk Award dan merupakan kumpulan kedua memenangi Artis Kesukaan Korea di MTV Asia Awards selepas JTL. Ini serba sedikit info mengenai kumpulan ni. Nanti akan di beritahu sekirannya superjunior membuat konsert sekali lagi di Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget