my awesome Followers ^ ^

Tuesday, September 27, 2011

Taecyeon (2PM) mencetus fenomena di Dan Gook University


Dilaporkan sompi Taecyeon oppa mencetuskan fenomena luar biasa di Dan Gook University. Kehadiran oppa membuatkan ramai student teruja. Sebaik kakinya melangkah kedalam universiti suasana yang tenang bertukar kecoh. Terdengar jeritan para gadis di sana sini. Tapi oppa tetap cool dan tersenyum penuh bergaya. Walaupun oppa hanya memakai t-shirt biasa dan berseluar jeans tapi auranya sebagai bintang tetap terserlah!
Dimana sahaja  Taecyeon melangkah dia pasti diekori ratusan peminat sehingga dia mengadakan satu sesi tandatangan didalam kelas atas permintaan ramai.Sebaik oppa duduk dia telah menandatangani 80 helai kertas. Oppa juga telah duduk didalam bilik  kuliah  pemasaran selama 3 jam! dan kemudian bercakap dengan pensyarah tersebut setelah kuliah selesai. Tak dinafikan oppa sememangnya top student sebelum menjadi artis.
"Saya telah melalui hari yang menyeronokkan bersama kawan-kawan bahkan masuk ke bilik kuliah"Ujar Taecyeon.

Layankan gambar-gambar  Taecyeon (2PM) semasa di universiti. .crabemoticon
      

                   
Tengok Taecyeon (2PM) pun beratur tau nak order makan. Jangan potong laluan.

                   
 Betapa bertuahnya gadis tu... huhuhu...

                  

Fuh ramai tuh. Kalau satu sign 100 won macam mana??hehehe..kaya..kaya..kaya.. =)



sumber: Sompi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget