my awesome Followers ^ ^

Tuesday, October 25, 2011

Fenomena Jang Geun Suk di Jepun.


 Kebelakangan ini memang banyak artis Korea yang mencari peluang di Jepun. Tetapi tidak semua yang berjaya mengecapi kejayaan disana. Artis Korea yang dilihat paling menyinar di Jepun adalah aktor serba-boleh Jang Guen Suk (JGS)  yang bukan sahaja tampan,kacak dan bergaya tetapi sangat berbakat tidak hanya dalam bidang lakonan tetapi turut menyinar dalam bidang nyanyian. Fenomena Jang Guen Suk terus melanda Jepun saat ini. Tiap kali konsertnya berlansung di Jepun pasti akan menerima sambutan hangat daripada peminat. Dia menjadi popular dengan lakonannya dalam  drama “You’re Beautiful,” dan kemudian terus menyinar dengan "Marry Stayed All Nights". Dengan populariti yang ada dia menerima pelbagai tawaran iklan, menjadi tetamu jemputan dalam pelbagai rancangan TV bahkan album nya turut laris dipasaran. JGS  juga turut kerap mengadakan fan meeting disana yang mana menerima sambutan hangat dari die hard fans!
Antara faktor utama yang menjadi pencetus populariti Jang Guen Suk adalah sikapnya sendiri. Para peminatnya mengakui personaliti JGS sangat berbeza berbanding Hallyu Star yang lain. JGS tidak berpura-pura dan mendekati peminatnya dengan caranya yang tersendiri. JGS tidak meletakkan sempadan artis dan peminat apabila menemui mereka tetapi melayan mereka sengan santai. Semasa fan meeting diadakan dia turut terlibat berhibur bersama mereka. Bahkan dia turut menjadi DJ dan menari! Dijangka populariti yang dikecapi JGS akan terus meningkat. Tetapi dengan rendah diri JGS berkata di twitter nya masih terlalu banyak yang perlu dilakukannya kerana ramai yang meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi kepadanya. Dia merasakan usahanya selama ini belum cukup kuat dan perlu bekerja dengan lebih gigih.
 
Oppa Jang Guen Suk hwaiting!! we your fans will always supprot you Ok.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget