my awesome Followers ^ ^

Monday, October 24, 2011

B1A4 Try Their Luck in Japan

 Semakin banyak group k-pop yang melebarkan sayap di Jepun. Terbaru sebuah lagi kumpulan iaitu B1A4 turut serta bersama rakan mereka yang lain. B1A4 telah menandatangai kontrak bersama Pony Canyon. Dikatakan super star Jang Guen Suk turut bernaung dibawah agensi yang sama di Jepun. Pony Canyon merupakan anak syarikat Fuji Sankei Communication Group. Turut sama dibwah syarikat ini adalah  w-inds, Aiko & Ueto Aya. B1A4 dikatakan mempunyai kualiti muzik yang tinggi, choreography yang menarik dan imej yang sophisticated  menjadi antara sebab mereka dipilih. Selain itu Jang Guen Suk turut banyak memuji kumpulan ini.Persembahan pertama mereka akan diadakan pada 9 Dis 2011 di Tokyo dengan tema “B1A4-Japan Showcase Live 2011.”Pada awal Januari 2012 CD mereka yang mengabungkan lagu daripada 2 mini album pertama  mereka semasa di Korea akan dikeluarkan. Walaupun fenomena Hallyu dikatakan mula menular ke seluruh dunia, namun tidak semua yang menyukainya. Terdapat kumpulan protes hallyu star ini di Jepun. Mereka membantah kebanjiran artis Korea di Jepun. Termasuklah artis Jepun sendiri.  Mungkin ada asasnya pandangan mereka dalam isu ni.Tunggu dan lihat lah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget