my awesome Followers ^ ^

Monday, November 14, 2011

2PM Hands Up Asia Tour in Jakarta , Malaysia next!

 2PM kini berada di Indonesia bagi menjayakan konsert mereka iaitu  2PM Hands Up Asia Tour. 2PM telah mengegarkan Indonesia pada 11 Nov 2011 di JITEC Mangga Dua Square. Walaupun konsert dijadualkan bermula pukul 7.30pm tetapi para peminat sudah mula berkumpul sejak awal petang lagi. Dianggarkan 5000 peminat berada disana. Sudah tentulah kebanyakkkannya para gadis! Walaubagaimana pun konsert dimulakan pada jam 8.15PM. Lewat sedikit dari waktu asal. Konsert dimulakan dengan persembahan oleh Nichkhun, Taecyeon, Junsu, Junho, Changsung, dan Wooyoung menyanyikan 3 lagu berturut-turut.Penonton semakin bersorak apabila 2Pm menyanyikan lagu popular mereka ketika ini iaitu "Hands Up" 

Selain menari dan menyanyi, ahli   2PM juga berinteraksi dengan peminat. 2PM  turut memberi salam dalam bahasa Indonesia, misalnya “Selamat datang. Kami 2PM”. Mereka pun memperkenalkan diri masing-masing dengan menggunakan perkataan “saya”. Dipertengahan konsert disiarkan  MV persiapan ahli 2PM menjelang siri jelajah konsert.


Buat peminat di Malaysia,nantikan kemuculan 2PM pada 25 NOV 2011, jam 08:30PM di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur,Malaysia. Jom ramai-ramai ke KLIA sambut 2PM!!   
(untuk info lanjut mengenai konsert klik  ->2PM HANDS UP ASIA TOUR LIVE IN MALAYSIA 2011)

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget