my awesome Followers ^ ^

Monday, October 10, 2011

G-Dragon dikaitkan ganja???




Kecoh sebentar nama Big Bang apabila Daesung terpalit konterversi melanggar seorang lelaki beberapa bulan lalu. Hampir sahaja reda masalah tersebut yang berjaya ditangani dengan baik timbul pula satu isu yang pasti mengugat nama Big Bang sekali lagi. Kali ini ketua kumpulan BB sendiri iaitu G-Dragon yang dikaitkan dengan pengambilan ganja. Dia sendiri telah mengaku mengambil ganja semasa berada disebuah kelab di Jepun tanpa mengehtahui ia mengandungi ganja. Tetapi dia tidak ditangkap kerana kandungan ganja dalam badannya sangat sedikit walaupun keputusan ujian menunjukkan dia positif mengambil ganja! Menurut undang-undang Korea sesiapa yang melakukan kesalahan mengisap ganja akan dikenakan hukuman maksimum penjara 5 tahun atau didenda 50 juta won!
Menurut Jeon Gyung Soo iaitu Polis Korea Jabatan Narkotik" Amat jarang berlaku apabila ujian dadah ke atas rambut adalah positif hanya kerana menghisap ganja dengan sedikit." Ramai yang mempertikaikan motif sebenarnya G-Dragon memotong rambutnya pendek. Namun YG Entertainment menegaskan iainya tidak ada kena mengena dengan hal tersebut . Ada pihak yang melahirkan kekesalan atas isu ini" Saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku namun jelas G-Dragon bersalah. Dia seharusnya memohon maaf dan bertanggungjawab atas tindakannya." Tidak kurang juga ada yang berasa pelik tentang keputusan ujian tersebut" Ianya sangat pelik kerana menurut ujian ia  adalah positif. Tak kanlah hanya menghisap beberapa sedutan ujian tersebut boleh positif??" Hurm...




p/s: bab ni dyela no komen. Cuma tahun 2011 bukanlah tahun untuk BB. Konterversi yang melanda dah jatuhkan imej BB. Bb perlu buat sesuatu.!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget