my awesome Followers ^ ^

Sunday, October 9, 2011

Leeteuk(SUJU) & Kang Sora bertemu untuk rancangan ‘We Got Married’


Ketua kumpulan terkenal Super Junior (SUJU) Leeteuk dan Kang Sora bertemu buat kali pertama sebagai pasangan yang digandingkan untuk rancagan popular di Korea iaitu   ‘We Got Married‘. Para peminat mereka telah lama menunggu saat ini, Mereka dipertemukan didalam pawagam yang kosong. Sebaik melihat kelibat Kang Sora, Leeteuk kelihatan tidak tentu arah dan merah padam. (sangat cute) . Dalam keadaan itu akhirnya Leeteuk bertanya"Adakah awak sudi menjadi isteri saya?Terima Kasih" Kang Sora membuat pengakuan" Saya asyik terjaga dari tidur semalam." Dan menambah: " Saya ada membaca artikel tetapi ada beberapa perempuan lain yang dicalonkan sehingga saya sendiri tidak pasti saya terpilih." Leeteuk kelihatan agak blur dan berkata "Awak sangat cantik." dalam usaha meluahkan perasaannya namun dia masih kelihatan kekok dan sangat malu! Semasa sesi soal jawab selepas pertemuan itu Leeteuk memberitahu" Saya sebenarnya  telah bersedia awal  sebelum pertemuan tadi. Namun sebaik saya terpandang wajahnya otak saya terus tidak dapat berfikir", Ahli Super Junior yang lain kelihatan sangat gembira melihat ketua mereka yang serius selama ini 'didera' dalam sesi tersebut. Sweet la dia... Suka tengok wajah oppa yang kemerah-merahan tu menahan malu..



 


p/s: Sangat2 berharap oppa Leeteuk jaga kesihatannya. Oppa sangat kuat bekerja. Kesian die..huhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget