my awesome Followers ^ ^

Monday, October 24, 2011

[We Got Married] Leeteuk & Kang So Ra Lovely date

 

Sambungan daripada WGM episod sebelumnya semasa pertemuan Leeteuk  dan Kang So Ra. Setelah pertemuan di pawagam , Leeteuk kemudiannya membawa Kang So Ra ke sebuah restoren mewah. Semasa di restoren ini mereka mengambil peluang untuk lebih mengenali antara satu sama lain.  Disini  Leeteuk telah menunjukkan sisi nya  yang caring dan cemburu!  Antara pertanyaan Leeteuk  kepada Kang So Ra yang menunjukkan dia seorang yang cemburu adalah " Adakah awak pernah makan dengan lelaki lain?" dan "Semasa berkerjasama dengan pelakon lelaki adakah awak rapat dengan mereka?" Kang So Ra menjawab dengan tenang " Saya belum pernah berlakon dengan lelaki sebelum ini. Drama saya pula masih diperingkat permulaan." Leeteuk pantas bertanya "Bolehkah awak tidak memulakan pengambaran tersebut?" Kang So Ra kemudian bertanya " TIdakakh awak juga berkolobrasi bersama kumpulan perempuan?" Leeteuk pantas menjawab "Tidak. Tidak pernah sama sekali!" Kemudian Leeteuk menambah " Ada yang mengatakan hubungan antara lelaki dan perempuan semakin rapat semasa makan. Jadi jangan makan dengan lelaki lain selain saya'" Dengan lembut Kang So Ra menjawab " Ianya pasti sukar untuk awak makan dalam waktu yang tepat semasa promosi.Saya akan menjaga awak." Sangat sweet kan pasangan ni? Semasa pertemuan tu juga Leeteuk memainkan sebuah lagu khas buat Kang So Ra dengan piano. Walaupun Leeteuk melakukan kesalahan, Kang So Ra tetap tersenyum gembira dan penuh terharu. Lagu itu digubah Leeteuk semasa dia tidak boleh tidur di awal pagi . So sweet Leeteuk...Harap-harap ada insan yang sudi menyanyi untuk dyela jugak...huhuhu...


 
Selepas episod itu , tersebar pula gambar Leeteuk dan Kang So Ra berdating dalam pakaian uniform sekolah. Cute!  Kang So Ra memakai skrit pendek bersama beg pink dan rambutnya juga diikat. Leetuk pula kelihatan selesa memakai uniform sekolah. Kita nantikan apa akan jadi di episod seterusnya Ok. Pasangan ini paling dinanti peminat untuk ditonton! Dyela pun tak sabar nak tengok perkembangan mereka. Walaupun ada yang mengatakan perbezaan umur antara mereka terlalu jauh, I`m really love them!!

2 comments:

  1. kat mana bleh tgk video dia org ni?skrang byk yg kna sekat...xbleh nak tgk...

    ReplyDelete
  2. Magnifiсent gοoԁs from you, man. I've understand your stuff previous to and you are just extremely wonderful. I actually like what you'ѵe
    аcquireԁ heгe, certainly likе what уоu are stаting and
    the way in ωhich you say it. Υou maκe it
    enjoуable аnd you still tаke care of
    to keep it sensible. I cant wait to гeаd much more fгom you.
    Thіs iѕ гeаlly а trеmendоus web sіte.


    my web site :: payday loans

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget