my awesome Followers ^ ^

Thursday, November 3, 2011

Kim Hyun Joong lie about his height??

Kim Hyun Joong Tipu Pasal Ketinggian Badannya?

 Sebelum ini, Kim Hyun Joong (KHJ) pernah mengaku bahawa dia melakukan  pembedahan plastik terhadap hidungnya. Kini, sekali lagi penyanyi kelahiran Korea ini menjadi tumpuan berita. Kali ini, Kim Hyun Joong dikatakan telah menipu serta berbohong tentang ketinggian sebenar badannya.
Sewaktu tampil sebagai bintang undangan dalam program television 'Running Man' , Kim Hyun Joong, telah berdiri bersebelahan dengan MC Yoo Jae Suk.

Sewaktu berdiri bersebelahan dengan Yoo Jae Suk, tinggi bahu dan kepala Hyun Joong sejajar dengan MC nombor 1 Korea itu. Tetapi, dalam biodata yang terdapat di dalam di laman web rasmi Hyun Joong iaitu www.hyun-joong.com, tertera bahawa penyanyi lagu Break Down ini memiliki ketinggian 182 cm.

Hal ini membuatkan fans mula mencurigai Hyun Joong dan mereka berpendapat bahawa bintang Korea itu telah berbohong tentang ketinggiannya kepada peminat.
Namun, pemalsuan ketinggian badan dalam biodata artis-artis Korea bukanlah merupakan satu hal yang pelik atau pun luar biasa. Sebelum ini, Narsha 'Brown Eyed Girls' pernah mengakui bahawa selain nama, semua informasi termasuklah tahun lahir dalam biodata rasminya adalah palsu.

Malah, dia juga turut mengakui bahawa ketinggian keempat anggota Brown Eyed Girls telah dinaikkan sebanyak 5cm hingga 6cm dalam biodata rasmi tersebut.

"Dalam berbagai forum serta laman web, ketinggian saya selalu ditulis sebagai 164 cm, padahal ketinggian sebenar saya hanyalah 158cm. Disebabkan itu, ke mana saja saya pergi, saya terpaksa gunakan kasut yang bertumit tinggi," jelas Narsha sambil tertawa. 
Kalau macam tu lepas ni KHJ oppa kena banyak bersenama la untuk tinggi.Hihihi 

p/s: walau beberapa pun tinggi KHJ kami tak kisah asal dia TERBAIK! Hwaiting oppa!!


petikan:Murai.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget