my awesome Followers ^ ^

Saturday, October 15, 2011

BEAST Dinobat Penyanyi Terbaik Asia!

 
 
Sempena sambutan ulangtahun pertubuhan kumpulan dari Korea Selatan, BEAST yang ke 2 tahun, kumpulan yang dianggotai 6 jejaka kacak iaitu Yoon Doo Joon, Jang Hyun Seung, Lee Gi Kwang, Son Dong Woon, Yang Yo Seob dan Yon Jun Hyung telah menyiarkan sebuah video ucapan khas untuk peminat mereka. Video menarik ini telah pun disiarkan menerusi laman sesawang Youtube pada 16 Oktober lepas. Menerusi video yang berdurasi selama 1.42 minit ini, peminat berpeluang menonton aksi dan pengakuan istimewa daripada 6 jejaka kacak ini.

Berikut adalah antara ucapan yang telah disampaikan oleh anggota BEAST.
Junhyung: "Saya telah memotong rambut saya sebab mahu menyambut ulangtahun kedua tertubuhnya BEAST. Jutaan terima kasih kepada semua penyokong kami."
Kikwang: "Jangan menipu kami"
Dongwoon: "Kepada semua Beauty (panggilan untuk ahli kelab peminat rasmi BEAST), terima kasih kerana telah membuatkan impian kami menjadi kenyataan. Kami akan sentiasa mengingati apa yang telah anda semua berikan kepada kami. Ini adalah ikhlas dari hati kami."
Kumpulan ini telah diberi anugerah sebagai Penyanyi Terbaik Asia menerusi Festival Lagu Asia yang telah berlangsung di Stadium Daegu pada 15 Oktober yang lalu.
Dengan penganugehan itu, Yoseob mewakili ahli BEAST yang lain menyampaikan perasaan gembira yang tidak terkata.
"Kami rasa bertuah dan beruntung apabila menerima anugerah ini. Apatah lagi, pada hari yang sama kami menerima anugerah ini adalah tarikh yang sama kami mengadakan persembahan pertama," ujar Yoseob.
Selain menerima anugerah tersebut, BEAST turut terkejut apabila kelab peminat rasmi BEAST telah mengadakan sebuah majlis rasmi di festival Daegy. Apabila BEAST menyanyikan lagu popular mereka iaitu Shock, kesemua peminat kumpulan ini telah mengankat papan tanda berlampu yang mempunyai tulisan BEAST.
Ketika itu, seluruh stadium yang digelapkan penuh dengan tulisan BEAST. Dalam masa yang sama, terdengar suara dari salah seorang ahli BEAST menyatakan mereka hampir menangis sehingga mengganggu fokus mereka untuk menyanyi pada malam itu. Bahkan mereka terfikir tidak tahu bagaimana cara untuk membalas budi kepada semua penyokong mereka.
BEAST telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Oktober 2009. Persembahan pertama mereka adalah menerusi lagu Bad Girl. Dalam tempoh 2 tahun, Beast telah dikenali menerusi lagu-lagu seperti Shock, Breath, Beautiful dan Fiction. Pencapain BEAST bukan saja popular di Korea Selatan tetapi dilihat semakin digilai ramai di seluruh Asia, Amerika Selatan dan Eropah.

sumber:murai.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget