my awesome Followers ^ ^

Thursday, August 11, 2011

Hadiah G-Dragon (Big Bang) buat peminat

 
Big Bang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-5 pada 19th August ! Dan ketua kumpulan terbabit iaitu G-Dragon juga bakal meraikan Hari Jadi nya pada 18th  Aug. Untuk itu, dengan baik hatinya tanda ingatan kepada kipas mati kumpulan Big Bang, G-Dragon telah menulis sebuah mesej khas untuk para peminat mereka. Ini bukan tulisan dari komputer, tapi handwriting lagi! Mari kita baca. Dyela dah translate khas untuk semua =) 




---> Translate ini adalah berdasarkan pemahaman dyela Ok:


Hello VIP ^^
Rasanya sudah terlalu lama.. Apa khabar semua?
Saya sepatutnya lebih kerap menulis surat tetapi saya tidak mampu melakukannya, maaf..
Ulang tahun ke-5 kumpulan Big Bang dan Hari Jadi saya bakal tiba tidak lama lagi.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah banyak menyokong dan selalu memberi kata-kata semangat selama ini!
Apabila difikirkan, saya selalu menerima kasih sayang dan ucapan tahniah sempena Hari Jadi saya..Tetapi pada tahun ini saya ingin melakukan sesuatu yang baik yang akan meninggalkan kesan mendalam sempena Hari Jadi dan sambutan BB yang ke 5…Untuk itu saya cuba menulis surat ini walaupun tulisan saya buruk.
Saya tahu ramai peminat telah melakukan pelbagai perkara yang baik untuk kami .(Saya telah berjumpa dengan ramai peminat yang mengagumkan! Hehe)
Untuk itu saya ingin membalasnya kali ini dengan memanggil anda semua VIPs.
Sebab itu saya ingin meminta jasa baik anda pada kali ini. Untuk Hari Jadi saya kali ini, saya dengan rendah diri menolak segala hadiah dari anda semua. Hanya dengan ucapan Selamat Hari Jadi dan kasih sayang dari anda   sudah cukup mengembirakan saya. Jadi ucapkan kepada saya Selamat Hari Jadi dan hantarkan ucapan tahniah dengan ikhlas dan tidak lebih dari itu ! ; )
Mulai saat ini, saya berharap ia akan menjadi hari yang istimewa untuk kita berkongsi saat bermakna ini  dan menjadikannya kenangan terindah… Dengan perasaan gembira saya ucapkan Salam Terakhir.
I don’t wanna be without you VIP~
Sebagai ketua kumpulan Bib Bang, saya akan bekerja lebih keras setiap hari untuk menjadi lebih baik dan matang untuk selamanya dan buktikan pada anda.
Jaga diri anda semua dalam cuaca yang panas ini dan jangan menipu!

Bye~♥




p/s: G-Dragon memang best dan menghargai para peminatnya . Terbaik!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget