my awesome Followers ^ ^

Monday, August 1, 2011

Lee Min Ho (이민호)

Lee Min Ho (이민호)

 
Lee Min Ho (이민호) ialah seorang pelakon lelaki daripada  Korea Selatan yang amat dikenali dengan watak utamanya sebagai ketua F4, Goo Joon Pyo, dalam drama adaptasi Korea siri komik popular Jepun, Hana Yori Dango, yang berjudul Boys Over Flowers, pada tahun 2009. Lee Min Ho dilahirkan di Heukseok-dong, Dongjak-gu, Seol , Korea Selatan pada  22 Jun  1987.Semasa kecil dia pernah menyimpan cita-cita menjadi seorang pemain bola sepak.
Debut lakonannya pada tahun 2005 dalam Love Hymn terbitan MBC,  dengan muncul sebagai watak sampingan. Dia menerima watak utama pertamanya pada tahun 2007, memegang watak Cha Gong Chan dalam Mackerel Run, drama sekolah tinggi 8 bahagian terbitan SBS.



Bagaimana pun, karier besar pertamanya adalah apabila dia telah diumumkan menjadi sebahagian daripada kumpulan  F4 Korea pada 2 Oktober 2008. Dia berjaya mendapatkan watak terbesar sebagai ketua F4, Tsukasa Domyouji, dalam komik Hana Yori Dango; wataknya dinamakan semula sebagai Goo Joon Pyo dalam versi Korea, dan membintangi drama tersebut bersama-sama Koo Hye Sun, Kim Bum dan anggota kumpulan SS501, Kim Hyun Joong. Seperti yang pernah di keluarkan di artikel sebelum ini.Watak Goo Joon Pyo menyebabkan dia menjadi terkenal, dan mengundang banyak tawaran iklan  termasuklah Levi's, LG Telecom dan Samsung Anycall.Terbaru dia membintangi drama City Hunter yang diadaptasi daripada komik juga. Akan di review kan disini nanti. Dia juga amat komited dalam lakonan dimana baru-baru ini telah mengalami kecederaan semasa pengambaran. Kesiannya.... Huhu... Love u oppa.. Add Lee Min Ho di FB ( Lee Minho (이민호) --->sila klik dan like ) dan Twitter.



Lee Min Ho Rancangan TV dan Drama

Lee Min Ho -Filem

  • Our School's E.T. (2008)
  • Public Enemy Returns (2008) - Cover | Wikipedia



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget