my awesome Followers ^ ^

Tuesday, August 9, 2011

Protect the Boss (보스를 지켜라 )





Tajuk/ Title  : 보스를 지켜라 / Boseureul Jikyeora / Protect the Boss
Chinese Title: 护老板
Tajuk lain / Previously known as: 보스가 달라졌어요 The Boss Has Changed / 마지막 여비서 The Last Secretary
Genre: Romance, comedy
Episodes: 16
Broadcast network: SBS
Tempoh penyiaran /Broadcast period: 2011-Aug-03 to 2011-09-22
Waktu tayangan /Air time: Wednesday & Thursday 21:55 

Untuk pengehtahuan, drama ini masih hangat ditayangkan di Korea dan baru 2 episod tayangan. Namun respons yang diterima amat menggalakkan dan menerima banyak komen-komen positif dari negara Korea sendiri dan negara Asia yang lain juga yang mula menunjukkan minat untuk membeli siri ini bagi ditayangkan di negara mereka. Maka drama ini dipilih untuk peminat k-drama kali ini =)
 


Ringkasan : 
Eun Seol  akhirnya berjaya mendapat pekerjaan sebagai setiausaha di firma guaman selepas sekian lama menganggur namun jatuh cinta dengan bosnya Cha Ji Heon yang merupakan anak bongsu keluarga kaya-raya yang tidak matang.

 Ok tu ringkasan paling pendek la. Dyela akan bagi sinopsis yang lebih panjang pula.


Sinopsis :



Drama ini bertajuk  Protect The Boss atau pun Melindungi Bos. Drama ini mengisahkan seorang perempuan yang berusaha mencari perkerjaan tetap iaitu Eun-Sul (Choi Gang-Hee). Keadaan menjadi sukar kerana dia dari universiti yang kurang mendapat perhatian dan resume nya juga tidak menarik perhatian sesiapa. Di sekolah tinggi Eun Sul seorang yang suka berjuang dan berani berlawan untuk menegak keadilan. Dia kemudian memutuskan untuk menjalani kehidupan yang mempunyai tujuan dan masa depan. Semenjak itu dia belajar dengan tekun sehingga lulus peperiksaan kemasukkan ke universiti walaubagaimanapun univerisit tersebut bukanlah yang terbaik dan tidak berprestij. Di universiti Eun Sul bekerja sambil belajar bagi menampung perbelanjaan di universiti. Apabila menamatkan pengajian, dia mendapati sukar untuk mendapt perkerjaan sehinggalah dia menerima panggilan telefon mengatakan dia diterima sebagai setiausaha namun dia tidak mengehtahui latar belakang syarikat terbabit. Dimana syarikat terbabit sebenarnya adalah sebuah syarikat memberi pinjaman tidak sah seperti Ah Long.   


Watak hero nya pula  ialah Ji-Hun (Ji Sung) . Ji Hun seorang lelaki yang secara luarannya nampak  sempurna dengan wajah yang  tampan ,handsome dan berasal dari keluarga yang kaya raya. Dia bekerja bersama ayahnya tetapi dia tidak berminat dengan perniagaan keluarganya. Disebalik kesempurnaannya sebenarnya Ji Hun mempunyai kekurangan iaitu dia akan berasa takut untuk bercakap dihadapan orang lain  atau bila berada dikalangan orang yang tidak dikenali. Dia mempunyai penyakit ochlophobia  -iaitu berasa takut kepada keadaan yang ramai orang. Disebabkan itu dia tidak suka bersosial dan tidak beramah mesra dengan pekerja syarikat. 


Eun Sul perlu beramah mesra dengan pekerja di syarikat barunya di bar pada hari pertamanya. Tetapi dia menjadi berang apabila bos nya  melakukan ganguan seksual terhadap dia dan rakan sepejabat wanita yang lain. Kemarahannya memuncak apabila melihat bos nya cuba menggoda rakan sejawatnya, Eun Sul mengikuti bosnya ke bilik air dan dengan marahnya mengikat bos nya itu di sink mengunakan tali leher bosnya sendiri!

Kebetulan Ji Hun juga datang ke tempat yang sama untuk  berjumpa rakan sejawatnya. Ji Hun dan Eun Sul tersempak semasa Eun Sul ingin meninggalkan bar. Secara tidak sengaja Ji Hun terjatuh handphone dan memarahi Eun Sul. Mereka bertengkar. Kemudian  rakan dari pejabat Eun Sul yang merupakan gangster muncul untuk mendapatkannya sebab dia telah mengikat bos mereka. Secara tak sengaja Ji Hun turut terlibat dalam pergaduhan itu. Eun Sul berjaya melarikan diri dan Ji Hun pula yang dibelasah mereka. Haahahaa.. (part ni kelakar)

Bila Ji-Hun balik, ayah dia perasaan yang dia kena belasah. Ayah dia pun pergi ke pejabat samseng tersebut untuk membalasah mereka semula =P  ( ni kes anak report kat mak ayah la ni). Hal ini dihidu media dan ayah Ji Hun terpaksa menerima hukuman melakukan khidmat komuniti . Ini juga menyebabkan perniagaan keluarga mereka terjejas.

Syarikat Ji Hun kemudianya membuat interview untuk mengaji setiausaha baru bagi Ji Hun. Eun Sul merupakan salah seorang calon tetapi dia tidak dipedulikan oleh panel penemuduga disebabkan tidak cukup berkelayakkan. Eun Sul berasa terkilan dengan sikap mereka dan kemudian mengkritik sikap penumuduga sebelum meninggalkan bilik temuduga.  Dia menyangka dia telah gagal mendapat jawatan tersebut. Tetapi sebenarnya dia telah berjaya dalam temuduga tersebut. Dia kemudiannya mengetahui bahawa salah seorang penemuduga iaitu Moo Won (Youngwoong Jaejoong) membantunnya.
 
Pada hari pertamanya dia berjumpa bosnya iaitu Ji Hun tetapi mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain. Ji Hun mendapat tahu bahawa Eun Sul telah di pilih oleh sepupunya Moo Won maka dia bertindak ingin menyusahkan Eun Sul supaya gadis itu berhenti dengan segera.
Suatu Hari di dalam lif ayah Ji Hun tersempak nya dan menjadi marah lalu bertindak memukul Ji Hun. Eun Sul bertindak pantas dengan masuk campur dalam pergaduhan itu dengan memberitahu dia perlu melindungi bosnya. Semenjak itu Ji Hun tidak lagi menyusahkan Eun Sul malah mula bergantung pada gadis itu dari hari ke hari.



Tonton Trailer:


OST => Let Us Just Love




Episode Ratings
Date
Episode
Nationwide
Seoul
2011-08-03
1
12.1 (6th)
14.5 (4th)
2011-08-04
2
13.4 (4th)
16.3 (4th)
2011-08-10
3


2011-08-11
4


2011-08-17
5


2011-08-18
6


2011-08-24
7


2011-08-25
8


2011-08-31
9


2011-09-01
10


2011-09-07
11


2011-09-08
12


2011-09-14
13


2011-09-15
14


2011-09-21
15


2011-09-22
16



Source: TNS Media Korea

Official site

Trailer I & Trailer II

Preview

Watch Online with English Subtitle (Coming Soon)

Watch Online with Chinese Subtitle


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget