my awesome Followers ^ ^

Thursday, August 4, 2011

Top 10 Artis Lelaki Korea Terhangat dari Biasa ( Top 10 hot Korean Actor)

Berikut merupakan 10 artis Korea yang lebih hangat dari biasa. Paling HOT.!!! Handsome-handsome ...  =) 

1. Lee Min Ho  
      Tak disangkal lagi apabila tempat pertama menjadi hak milik Lee Min Ho oppa yang sememangnya LEBIH HANGAT dari biasa. Aktor yang semakin melonjak naik namanya ini  dengan drama terbaru City Hunter terus meraih perhatian media. Semenjak Boys Over Flower popularitinya dilihat semakin meningkat. Oppa Hallyu star yang sememangnya HOT.!!! 




2. Hyun Bin 
     Di tangga ke dua jatuh kepada aktor Secret Garden iaitu Hyun Bin. Sememangnya lakonan Hyun Bin oppa yang mantap menjadikan figura ini mempunyai aura tersendiri. Sekarang Hyun Bin menjalani program ketenteraan macam Latihan Khidmat Negara di Malaysia. Hyun Bin juga akan mengeluarkan sebuah buku menceritakan pengalamannya semasa menjalani program tersebut. Nantikan... 

        
3. Rain
        
        Menduduki tempat ketiga adalah pelakon/penyanyi yang tak asing lagi iaitu Rain. Kehangatan Rain tidak dapat disangkal lagi. Rain oppa telah melebarkan sayap sehingga pasaran Hollywood. Banyak pihak luar berminat bekerjasama dengannya. Memang terbaik la. 



4. Kim Beom  
          Kim Beom oppa dengan penampilan yang semakin matang tapi tetap kekal handsome menduduki tempat keempat. Kim Beom di katakan hallyu star yang sedang semakin melonjak populariti di seluruh Asia.


5. Kim Hyun Joong 
       Hero Playful Kiss ini iaitu Kim Hyun joong menduduki tangga kelima carta. Sedang sibuk mempromosikan single terbarunya Kiss Kiss. 

                            

                                      

6. Kim Joon  
          Di tangga ke empat adalah Kim Joon.Berlakon dalam drama popular  Boys Over Flower sebagai  F4 telah menaikkan nama Kim Joon. Untuk tahun 2011 Kim Joon terlibat dalam drama 'Serious Crime Squad' sebagai Shin dong-jin seorang anggota polis yang memiliki kemahiran tinggi dalam jenayah siber.

                                 

                              

7. Dennis Oh 
       Tempat yang ke tujuh jatuh kepada pelakon/model iaitu Dennis Oh yang memang sangat hot! Bermula dengan drama Sweet Spy 2005 kini aktor Dennis Oh terlibat dalam drama Fall in Love untuk tahun 2011.

                                  

                                  

 8. Jang Dong Gun 
           Tempat ke lapan menjadi milik Jang Dong Gun. Pelakon yang memulakan karier pada tahun 1993 ini dengan drama Our Heaven dan filem  Repechage(1997) dan terlibat dalam drama President untuk tahun 2010.                      
                                    
                                        
                                      
9. Bae Jong Gun 

            Di tempat ke sembilan adalah hero Winter Sonata yang tidak asing lagi iaitu Bae Jong Gun. Dikatakan Winter Sonata adalah drama pertama yang membawa fenomena Korea (Korean Fever) ke Malaysia. Untuk drama terbaru Bae Jong terlibat dalam drama Dream high sebagai pengetua Kirin Art School.
 



10. Kwon Sang Woo    
          Ditempat ke sepuluh menjadi milik aktor Kwon Sang Woo. Hero Stairway to Heaven, ini memulakan kerjaya sebagai seorang model sebelum terlibat sebagai pelakon. Untuk tahun 2011 Kwon Sang Woo terlibat dalam filem Pain. 


                                              

**  perasan tak carta top 10 ni ada pelakon-pelakon dari siri Boys Over Flower , F4?? Nampaknya fenomena F4 masih lagi dirasai hingga kini. Dan menjadikan pelakonnya sebagai Hallyu Star..Congrats!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget