my awesome Followers ^ ^

Thursday, August 25, 2011

“Most Popular Actor / Actress in Asia “ bagi tahun 2011 Seoul Drama Awards

Agak-agak siapa pelakon paling popular di Asia bagi tahun 2011??? Mari kita lihat senarai yang telah dikeluarkan sompi..Satu undian online telah dilakukan oleh Yahoo Korea,dan  Anugerah ini akan  disampaikan  di acara 2011 Seoul Drama Awards pada 31 ogos 2011.  Mari kita tengok siapa yang berjaya merangkul takhta Pelakon Paling Popular di Asia!

Tanpa di sangka-sangka JYJ’s Yoochun  telah diundi sebagai “Most Popular Actor in Asia” bagi 2011 Seoul Drama Awards. Yoochun menerima 480,000 undian mengatasi 155 pencalonan lain.Yoochun mula mengecapi kegemilangan menerusi drama “Sungkyunkwan Scandal,”(dyela pernah review drama ni sila rujuk) Menerusi drama ini dia telah memenangi  “Rookie of the Year Award,” “Netizens Award,” dan “Best Couple Award” di  acara 2010 KBS Drama Awards.Pada 2011 dia terlibat dalam drama “Miss Ripley”

 
 JYJ’s Yoochun  

Agak memeranjatkan apabila Jang Guen Suk  iaitu hero “Mary Stayed Out”  hanya menduduki tempat kedua. Jang Guen Suk sekarang berada di Jepun bagi mengukuhkan jenamanya disana. 




Jang Guen Suk

Di tangga ketiga diperoleh oleh Kim Jae Won dari MBC drama “Can You Hear My Heart?”


  
Kim Jae Won


Bagi “Most Popular Actress Award” pula , di tangga pertama menjadi hak milik mutlak Moon Geun Young . Moon Geun Young merupakan heroin kepada Jang guen Suk dalam drama Mary Stayed Out.

Moon Geun Young


Park Min Young pula menduduki tangga ke dua. Bintang City Hunter ini semakin popular apabila keluar gosip dia sedang menjalinkan hubungan bersama Lee Min Ho. Kalau masih ingat dia juga heroin kepada Yoochun bagi “Sungkyunkwan Scandal,”

Park Min Young

Dan ditangga ke tiga pula jatuh kepada Ha Ji Won, . Lakonan Ha Ji Won memang sangat berkesan dan terkesan dalam Secret Garden. Hurm.. Hyun Bin pula yang tak tersenarai. Mungkin faktor kemunculan dia agak kurang di media kebelakangan ini menjadi antara punca dia kurang mendapat undian berbanding semasa drama tersebut sedang meletup-letup tahun lepas.

Ha Ji Won


Acara  2011 Seoul Drama Awards akan disiarkan secara lansung di SBS pada 31 Ogos ini. 

sumber: sompi


p/s: Memang terkejut sebab nama Lee Min Ho dan Kim Beom tak tersenarai sebagai Top 3!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget