my awesome Followers ^ ^

Wednesday, August 10, 2011

Jang Guen Suk Oppa di " The CRI Show" Seoul, South Korea.



Jang Geun Suk  mengadakan konsert “THE CRI SHOW" , yang terakhir di Asia pada 7 Ogos bertempat di Korea selepas menjelajah ke 6 negara selama 4 bulan! Dengan peminat kipas mati seramai 2500 orang Oppa Jang Guen Suk menghiburkan para peminatnya  apabila oppa menyanyi,mengacara,menari,berlakon dan juga memperlihatkan skill menjadi DJ!  sekaligus memberi kepuasan yang maksimum kepada peminatnya! Malam itu menjadi malam yang tidak dapat dilupakan buat peminat setianya . Diadakan juga majlis kejutan hari jadi nya dan menyiarkan rakaman disebalik  buku koleksi gambar barunya dan video “Travel Together-Budapest Diary.”
 
" Setiap detik siri jelajah itu membawa keindahan dan penuh emosi. Dimana sahaja negara Asia yang saya kunjungi, para peminat menyambut saya dengan penuh kasih sayang dan saya dapat merasakan sokongan mereka sepenuhnya.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat korea yang selama ini menunggu saya serta peminat dari negara-negara lain yang sanggu datang ke sini demi untuk konsert terakhir ini. Saya akan melakukan dengan bersungguh-sungguh supaya saya dapat terus bersama para peminat saya di masa akan datang seperti di konsert ini." Ujar Jang Guen Suk di akhir konsert tersebut.


Bermula pada April 2011 oppa telah mengadakan siri jelajah  “THE CRI SHOW,”dimana oppa telah melawat Singapura, Hong Kong, Thailad, Malaysia,Taiwan dan Shanghai sebelum konsert terakhir di Seoul.


 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget