my awesome Followers ^ ^

Wednesday, August 10, 2011

Wu Chun (Wu Zun) - 吳尊 (Taiwan Actor)



 

Aktor yang ingin dyela review disini bukanlah berasal dari Korea. Review kali ini lari dari negara Korea. Aktor ini merupakan artis dari negara Taiwan. Sebelum meminati k-drama dan k-pop dyela sebenarnya mengemari drama dari negara Taiwan dan Jepun  terlebih dahulu. Dan Wu Chun merupakan aktor yang Taiwan yang paling diminati. Jadi dyela ingin share kan info mengenai aktor ini dan dyela yakin ramai yang turut mengenalinya berdasarkan popularitinya . Review kali ini juga khas untuk seorang teman yang begitu meminati figura berbakat besar ini.

Mengenai Wu Chun 

Wu Chun / Wu Zun nama asalnya adalah Goh Kiat Chun, dilahirkan di Brunie dan berketurunan cina. Bakatnya mula digilap semasa dia mengunjungi negara Taiwan dan ditawarkan watak utama  (walaupun dia kurang fasih berbahasa mandarin) dalam drama Taiwan iaitu Tokyo Juliet yang telah melonjakkan namanya. Kemudiannya dia membintangi kumpulan boy band Taiwan iaitu Fahrenheit. Sebelum terjun ke dunia hiburan dia adalah seorang model dan fitness instructor.  Wu Chun merupakan graduan dari RMIT University di  Melbourne, Australia dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Bachelor's degree in Business Administration) dan telah membuka gym nya sendiri iaitu Fitness Zone di Brunei.

 
Namun begitu penglibatannya dalam drama yang diadaptasi dari komik Jepun pada 2007 iaitu Hana Kimi / Hua Yang Shao Nian Shao Nu bersama kumpulan S.H.E iaitu Ella telah mempopularkannya seantero Asia.
Disebalik populariti dan kemasyhuran yang dikecapi nya Wu Chun sebenarnya tidak sebebas orang lain. Sebagai selebriti yang dikenali pergerakkannya sering diekori  paparazzi sehingga dia tidak berasa bebas di negara Brunei sekalipun. Ini kerana kehidupan peribadinya sering menjadi berita hangat .Terdapat gossip melaporkan Wu Chun telah berkahwin dengan seorang gadis Brunei dan mempunyai seorang anak perempuan. Tetapi dia menafikannya sekeras-kerasnya. Dia menjelaskan bahawa gadis itu merupakan kakak iparnya dan budak perempuan itu anak saudaranya. Namun penjelasannya masih mengundang pelbagai gossip lain sehingga pihak pengurusan bertindak untuk mengambil tindakan atas mana-mana pihak yang didapati melaporkan laporan yang tidak benar itu.Sebagaimana yang dijelaskan Wu Chun dalam temubualnya di Malaysia Julai lalu dalam rangka promosi filem nya Magic to Win “ Saya telah menjelaskannya selama beberapa tahun dan tidak berminat untuk mengulanginya lagi. Tiada gunanya saya terus menjawab soalan ini”. Tegasnya.

Wu Chun juga tidak lagi bersama kumpulan Fahrenheit . Dia menyatakan hasrat untuk menumpukan 100% perhatian dalam bidang lakonan. Semasa disoal mengenai percintaan dengan tenang Wu Chun memberitahu “Biar takdir yang menentukan segalanya. Ianya amat susah untuk dinyatakan sekarang segalanya bergantung kepada perasaan saya nanti



Profile

·        Nama /Name: 吳尊 / Wu Chun (Wu Zun)
·        Nama Asal/ Real name: 吳吉尊 / Goh Kiat Chun
·        Pekerjaan /Profession: Actor, singer, and model
·        Tarikh Lahir/ Birthdate: 1979-Oct-10
·        Tempat Lahir/ Birthplace: Brunei
·        Tinggi/ Height: 181cm
·        Berat/Weight: 73kg
·        Zodiak/ Star sign: Libra
·        Kumpulan Darah /Blood type: O
·        Ahli Keluarga/ Family members: 3 orang termasuk ayah (Father, older sister, older brother)
·        Agensi / Talent agency: Comic International Productions Co., Ltd. 可米製作

TV Series

TV Show Theme Songs

Filem / Movies

Trivia

External Links




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget